Tentang Kami

Selamat datang ke blog kami yang dikhususkan kepada ex-students SEMI ABIM batch Form 1 Ibnu Sina 2007 hingga Form 3 Ibnu Batuttah 2009. We all are like a family, senang susah sentiasa bersama. Dengan moto 'Ukhuwah Fillah Abadan Abada', semoga hubungan kita dapat diperkukuhkan buat selama-lamanya. (:

Wajah Kami

Monday, May 10, 2010

Kenangan Kami ♥

SELOKA VILLA SYAHDU (3 IBNU BATUTTAH)


Terukir sebuah kenangan,
Di alam 3 Ibnu Batuttah,
Walaupun di kelas tidak aman,
Tetapi itulah kenangan terindah.

Cikgu Rosliza bonda kami,
Orangnya cantik penuh senyuman,
Tidak jemu mendidik kami,
Agar berjaya dalam kehidupan.

Syukri dilantik sebagai ketua kelas,
Mengawal kelas tetapi masih riuh rendah,
Najiyyah Nasuha penolongnya yang setia,
Sentiasa menemaninya walaupun susah.

Gelaran 'Ah Long' sudah sebati,
Menyandang sebagai ceti,
Dia datang kami semua lari,
Itulah Khairul Aswad bendahari kami.

Matapelajaran Sejarah menjadi kegemarannya,
Senyum pula menjadi teman rapatnya,
Menjadi pelengkap keayuannya,
Itulah dia Hazirah namanya.

Dalam kelas suka menyanyi,
Bagaikan artis itulah lagaknya,
Orangnya memang handsome sekali,
Itulah Syafiq yang periang orangnya.

Hanan seorang olahragawati,
Aqilah pula suka bersendiri,
Mereka berdua sahabat sejati,
Sering bersama setiap hari.

Berpakaian kemas dari pagi ke petang,
Suka menegur kawan adalah sifatnya,
Susah betul naik berang,
Itulah Amrullah seorang peria.

Ini pula kisah Abid dan Amirul Akhyar,
Dua rakan sentiasa bersama,
Berbaik semula setelah bertengkar,
Bagaikan air dicincang takkan putus punya.

Muka putih berseri-seri,
Sukan bola sepak menjadi kegemarannya,
Muhammad Ikram nama diberi,
Terkenal 'A' dalam mathnya.

Bila bercakap petah sekali,
Menyandang jawatan sebagai 'YDP',
Abu Hasif nama diberi,
Menjadi ustaz ikutan kami.

Fauzan Azim pakar menyanyi,
Orangnya kecoh bergegar bumi,
Muzakkir Pak Pandir kami,
Gayanya sungguh menyakitkan hati.

Pengawas yang pendiam juga sopan,
Kadang-kadang dia menjadi garang,
Doktor perubatan cita-cita Aiman,
Handsome juga sekali dipandang.

Setinggi-tinggi pelajar ialah Hazwan,
Apabila belajar hanya mendengar,
Hasratnya ingin mencapai awan,
Mungkin berjaya hatinya menganggar.

Bahana kita mengusik dirinya,
Habis dikejar sekeliling sekolah,
Si anak tunggal semua dikuasainya,
Inilah Nazrul empunya kisah.

Orang tersihat di dalam kelas,
Pantang ajak makan semuanya kebas,
Itulah Haziq orangnya ada kelas,
Walaupun berat tapi tangkas.

Takut sekali dengan kamera,
Memang susah nak bergambar dengannya,
Dalam melukis dialah juara,
Luqman Hakim, itulah orangnya.

Suka mendengar lagu bersama-sama,
Lagu Jepun sajalah yang diminati,
Sudah berkawan sekian lama,
Itulah Ajwad dan Farhan sahabat sejati.

Berbaju ungu 'smart' orangnya,
Berjalan dengan penuh bergaya,
Muhammad Zafri nama diber kepadanya,
Sentiasa berharap menjadi ayahnya.

Lina tinggi manis orangnya,
Kalau marah bukan kepalang,
Shuhadah pula ceria orangnya,
Sifatnya peramah buat orang senang.

Orangnya nakal di belakang guru,
Tapi tuisyen tak pernah tinggal,
Berhati mulia disayangi guru,
Siapa tak kenal Asyraf sejarahwan terkenal.

Berbadan kecil lincah orangnya,
Paling ceria dalam kelas kami,
Sentiasa membuat kami ketawa bersamanya,
Itulah Ikmal ketu kebersihan kami.

Namanya pertama dalam kelas kami,
Suka sekali membantu orang,
Sekali berpeluh semua lari,
ItulaH Abdul Rahim handsome dipandang.

Gelak ketawa menggeletek hati,
Jika tiada Liyana terasalah sunyi,
Bawa makanan ke sekolah itulah hobinya,
Kalau ada jamuan Izzatilah yang pertama.

Hati-hati terasa sayu,
Tatkala Haziqah merantau dahulu,
Terbang ke Johor berlagu rindu,
Bersama kenangan menuntut ilmu.

Tamatlah kisah hidup kami,
Penuh dengan pelbagai kenangan,
Form 3 2009 terpahat di hati kami,
Kalau boleh nak buat siaran ulangan.

PS. Seloka ini telah disiarkan di Majalah Sekolah 2009. (:

1 comment:

al-'Amadulil Islam said...

haha....teringat kenangan kitaorg wat sloka nie...huh bukan main sakit kepala nk pikir ayat...antara pengarah sloka nie yg ana tau la...ana,asip,asyraf,cg ros najiyyah...haha...tergelak pulak bila dikenang kembali...mcm2 ayat yg keluar masa nk pikir ayat2 tuh,pelik2 jeh...haha..